Ringkasnya, AdSense adalah khidmat iklan yang dimiliki oleh Google, di mana para pemilik laman web dapat memasang iklan ini untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Terdapat berbagai jenis iklan seperti teks, gambar, malah video; namun demikian, kesemuanya menggunakan sistem konstektual (contextual), di mana iklan yang bakal dipaparkan akan disesuaikan dengan kandungan sesebuah laman web.
Iklan AdSense disimpan di server Google sendiri, maka anda tidak memerlukan ruang khusus untuk menyimpan Adsense. Anda hanya perlu menyisipkan kod tertentu pada laman web dan iklan akan dijana dengan sendirinya oleh Google.
Bagaimana menjana perolehan?
Sebaik sahaja pendaftaran anda diaktifkan, anda boleh menyisipkan kod iklan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan.
Perolehan dijana samada berdasarkan kekerapan iklan tersebut dilihat oleh pelawat ataupun apabila ia diklik oleh pelawat. Anda dilarang membuat klik kerana ini akan dikira tidak sah dan berkemungkinan mengakibatkan akaun AdSense anda dibatalkan.
Anda boleh mengunjungi http://www.google.com/adsense untuk melihat laporan atau menyelenggara akaun AdSense anda.
Kaedah Pembayaran:
Pembayaran akan dilakukan 30 hari setelah perolehan anda dalam sebulan mencapai jumlah minima USD100.
Di Malaysia, anda boleh memilih samada menerima melalui akaun PayPal atau Western Union.
Potensi menjana keuntungan?
Tiada batasan. Asalkan anda pandai mengolah kandungan laman web sehingga berjaya menarik pelawat dan seterusnya membuka peluang paparan iklan yang berganda banyaknya.